Home » Menjajah ke India by Muhammad Dato Muda Al-Haj
Menjajah ke India Muhammad Dato Muda Al-Haj

Menjajah ke India

Muhammad Dato Muda Al-Haj

Published 2009
ISBN :
Paperback
131 pages
Enter answer

 About the Book 

Kisah pengembaraan Haji Muhammad Dato Muda al-Haj (seorang wartawan yang hidup dalam zaman sebelum Perang Dunia Kedua) ke India ini amat menarik untuk dibaca. Cerita pengembaraan ini dihasilkan dalam bentuk catatan harian dalam tulisan Jawi yangMoreKisah pengembaraan Haji Muhammad Dato Muda al-Haj (seorang wartawan yang hidup dalam zaman sebelum Perang Dunia Kedua) ke India ini amat menarik untuk dibaca. Cerita pengembaraan ini dihasilkan dalam bentuk catatan harian dalam tulisan Jawi yang cantik dan telah ditransliterasi oleh Profesor Emeritus Dato Dr. Asmah Haji Omar. Kisah bermula pada 19 Mac 1939, Haji Mohammad bertolak menaiki kapal penumpang S.S. Thelma dari Port Swettenham dengan seorang kawan (Haji Ahmad bin Menteri) melalui Pulau Pinang, Burma dan terus ke India. Sungguhpun lebih merupakan catatan harian, tetapi pengungkapan maklumat dalam buku ini merupakan naratif yang berkait-kaitan antara satu peristiwa denga peristiwa yang lain. Haji Muhammad yang berminat terhadap budaya masyarakat di sana telah memaparkan cara mereka menyara hidup, rupa bentuk perkampungan, sistem kepercayaan mereka, bahkan cara bertutur dan bergaul. Huraiannya bukan dalam bentuk laporan sahaja tetapi penuh dengan ulasan yang menggunakan kaedah perbandingan yang menarik. Oleh sebab kisah ini merupakan huraian yang didasarkan pada penyaksian secara langsung oleh pengarang, maka buku ini mempunyai nilai sejarah yang amat berharga.